Followers

Wednesday, May 25, 2011

tersasar terlalu jauh terlalu dalam.....



Tersasar Terlalu Jauh Terlalu Dalam

Di seribu lautan biru dan seluas biru langit 
ada bulatan besar, adakah kamu akan terlihat aku?
atau hanya rasa ingin aku saja yang membuak....
aku hanya tidak sabar untuk hadir d matammu...


Dan semua kata-kata yang telah kau ucapkan
seperti hanya senyap hari bersilih ganti
hanya suara mu sahaja yang kedengaran jauh di sudut sana 
tolong dan bantu aq.... 
tolong jangan terus bersembunyi dan membisu

luahkan dan bisikanlah dengan kuat ke telinga ku
supaya aku dapat terbang dan bernafas kembali
supaya aku juga dapat terpaut kepada apa yang aku percaya
hanya itu yang aku inginkan...

aku hanya ingin membebaskan hati mu
dan aku hanya ingin melihat sedetik hati mu
tolang jangan biar ia tersembunyi dan terkunci ketat...

kau kembali bertanya-tanya...kembali meneka-neka...
bagaimana terang dan bersinarnya hati ku...
tapi lilin sudah mencair sudah menghilang cahayanya juga sudah kabur...
seorang pemimpi seperti aku sudah tidak dapat di cahayakan....
kerana tidak ada sesiapa pun tahu hati pemimpi rahsia ini...

kemudian sang pemimpi rahsia sedar....
semua kata-kata yang telah diucapkan
seperti hanya senyap hari bersilih ganti
hanya suara sahaja yang kedengaran jauh di sudut sana 
dan terus bersembunyi dan membisu...

sekarang sang pemimpi rahsia seperti aku hanya dapat
menunggu untuk merasakan kasih sayang 
adakah aq dapat sedikit merasakannya?
hanya sedikit....?

Created by : Hanisah J

No comments:

Post a Comment