Followers

Friday, July 15, 2011

Malaysian need to know this






so sebelum nie nisa dah janji mau bagi tau pa itu MG atau nama panjang dia Myasthenia Gravis ......
but 1st sebelum nisa bagi cerita pasal MG disorder nie.....entry nie bukan la bertujuan untuk mengambil atau meminta simpati siapa pun tapi tidak lebih untuk memberikan kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya untuk mengetahui dan mengenali MG disorder ini.....


ok MG atau Myasthenia Gravis ini merupakan salah satu penyakit yang jarang-jarang sekali kita dengari apa lagi di Malaysia nie dan ia lebih kepada silent disorder. Myasthenia Gravis adalah penyakit kronik yang boleh membawa maut seperti mana Cancer. imiun saraf yang dicirikan oleh pelbagai peringkat kelemahan otot rangka badan kita.  Myasthenia Gravis, berasal dari bahasa Latin dan Yunani yang bermaksud "kelemahan otot".



Sebenarnya, MG disorder yang merupakan kelemahan otot dan sendi ini akan bertambah parah apabila melakukan  aktiviti-aktiviti berat....walaubagaimanapun disorder ini akan pelan-pelan pulih dengan rawatan yang secukupnya dengan bantuan perubatan dan yang paling penting sekali rehat yang sangat-sangat cukup untuk para pesakitnya.....


hurmmm banyak lagi sebenarnya yang boleh nisa sebutkan disini tentang MG disorder nie tapi takut pula ada yang tesalah informasi tapi walaubagaimanapun nisa akan bagi beberapa link yang secara peribadi parents nisa gunakan untuk mengenal pasti penyakit nie sebelum nisa betul-betul kena diagnose oleh orang yang lebih profesional.....


1) http://www.ninds.nih.gov/disorders/myasthenia_gravis/detail_myasthenia_gravis.htm
2) http://www.medicinenet.com/myasthenia_gravis/article.htm
3) http://www.webmd.com/brain/understanding-myasthenia-gravis-basics
4) http://my.clevelandclinic.org/disorders/myasthenia_gravis/hic_myasthenia_gravis.aspx
5)https://www.mga-charity.org/web/guest/join-in;jsessionid=40D03BC5274DCC34E71574AE99F7C398
 but plz search lagi link-link yang boleh membantukorang mengenali penyakit nie ^_^ nie baru sikit nie banyak lagi yang incuk gugel provide do check it out 

Note: Walaupun nisa dapat tulis sikit jak  MG disorder nie tapi mudah-mudahan orang-orang dapat mengenali sedikit sebanyak tentang penyakit nie ...mungkin ada di kalangan keluarga atau kawan-kawan korang yang mengalami benda nie tapi tidak tahu dan masih buntu tentang penyakit nie....coz memang di Malaysia nie memang masih kurang lagi sumber dan pakar tentang penyakit nie sebab memang kurang lah kita dengar cerita pasal nie...harap-harap link yang nisa tinggalkan berguna  ^_^ 

No comments:

Post a Comment